7.0 Kawalan Kebolehkesanan
Subtopik 7.0 adalah berkenaan dengan Kawalan Kebolehkesanan yang bertujuan untuk memastikan produk boleh dikesan di semua peringkat pengeluaran makanan, pengedaran dan pembekal bahan mentah. Selalunya dipraktikan bagi produk akhir/ separa siap (dalam pemprosesan)/ yang telah diedarkan. Pihak yang bertanggungjawab adalah seperti pegawai QC/QA serta pekerja pengeluaran.
Antara prosedur yang perlu dilakukan adalah yang pertama penentuan tanda produk kesemua produk akhir/ separa akhir perlu mempunyai no.batch/ no.lot/ sebarang penandaan seperti tarikh luput/ tarikh pengeluaran/ tarikh akhir produk dan lain-lain yang ditentukan sendiri oleh pengusaha.
Kedua, semua produk akan dilabelkan mengikut keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Nama dan alamat syarikat, nama produk, kuantiti/berat/saiz pek, no.batch/lot, tarikh pengeluaran dan tarikh luput. Selain itu, adalah maklumat pengedar dan penjual seperti nama dan alamat, kuantiti produk yang diambil, no. batch/lot, tarikh diambil dan kaedah pengangkutan yang digunakan.
Ketiga, maklumat pembekal bahan mentah seperti nama dan alamat, kuantiti produk yang diambil, no. batch/lot, tarikh yang diambil dan kaedah pengangkutan yang digunakan perlu dicatatkan. Keempat, maklumat pemprosesan perlulah mengikut kaedah program jaminan keselamatan makanan. Kelima, maklumat kawalan proses seperti parameter proses yang dikawal dan carta alir proses juga perlulah dipaparkan.
Keenam maklumat pengedaran dan penyimpanan seperti keadaan penyimpan dan tahap kebersihan juga perlu untuk disediakan. Terdapat 4 jenis tindakan iaitu antaranya ialah tindakan pertama pegawai bertanggungjawab mengenalpasti produk terlibat, mengesahkan produk adalah keluaran kilang atau tidak dan mengasingkan baki produk yang masih di kilang. Tindakan kedua pula merangkumi proses mengenalpasti produk yang terlibat di pasaran sama ada dari pembekal atau penjual dan membuat penarikan balik produk sekiranya perlu serta memaklumkannya kepada pihak kerajaan. Tindakan ketiga pula mengenal pasti punca dikilang iaitu semasa proses pemprosesan dan mengambil tindakan yang sepatutnya jika perlu dan akhir sekali tindakan keempat pula adalah jika masalah berpunca dari bahan mentah, pengenalpastian bahan mentah dan pembekal perlu dilakukan dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Pegawai yang bertanggungjawab juga perlu menjalankan verifikasi ke atas Sistem Kebolehkesanan Makanan (SKM) sekurang-kurangnya setahun sekali dengan menjalankan tindakan pra-ujian atau mock test ke atas sistem bagi memastikan SKM berjalan dengan sempurna.
Terdapat beberapa rekod verifikasi yang perlu disediakan iaitu yang pertama Rekod Maklumat Pengedar. Kedua, Rekod Maklumat Penjual. Ketiga, Rekod Pembekal Bahan Mentah dan akhir sekali Senarai Semak Punca Masalah di Kilang.
Disediakan oleh :
Shahidan binti Sharif, DPH201923850, DPIH 4C
Ulasan
Catat Ulasan