2.0 Bangunan dan Kemudahan
2.0
Kemudahan dan Bangunan
Subtopik 2.0 iaitu Bangunan dan Kemudahan terbahagi kepada enam pecahan subtopik manual kecil iaitu Pelan Lokasi Restoran, Pelan Susun Atur Restoran, Peralatan dan Perkakasan, Bekalan Air/ Ais/ Stim, Keperluan Am Premis dan akhir sekali Kawalan Makhluk Perosak.
2.1 Pelan Lokasi Restoran
Berikut merupakan pelan lokasi restoran kami yang terletak di No. 20, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
2.2 Pelan Susun Atur Restoran
Berikut pula merupakan pelan susun atur restoran kami.
2.3 Peralatan dan Perkakasan
Subtopik manual kecil 2.3 iaitu Peralatan dan Perkakasan adalah bertujuan
untuk memastikan semua peralatan yang digunakan tidak menyumbang kepada
pencemaran yang terbahagi kepada tiga iaitu pencemaran biologikal, kimia dan
juga fizikal. Perkara ini terguna pakai kepada semua peralatan yang digunakan
dalam premis. Pihak ataupun individu yang bertanggungjawab terhadap perkara ini
ialah Pengurus Pentadbiran dan kesemua pekerja.
Terdapat beberapa prosedur bagi manual ini iaitu yang pertama peralatan yang digunakan berkeadaan baik dan sesuai dari segi rekabentuk, pemasangan peralatan serta mudah
diselenggara, dibersihkan dan dikalibrasi.
Kedua, peralatan yang rosak perlu dikeluarkan dari kawasan pemprosesan. Ketiga, permukaan peralatan yang bersentuhan dengan makanan diperbuat dari bahan yang
tidak toksik, kalis air dan mudah dibersihkan. Keempat, papan
pemotong perlulah dipastikan berasingan bagi bahan mentah dan bahan makanan bermasak jika berkenaan. Kelima, kesemua alat pengukur termasuk
pengukur masa, suhu dan berat perlu disukat iaitu dikalibrasi mengikut keperluan. Akhir sekali, peralatan
perlu sentiasa diselenggara dan dibersihkan mengikut keperluan.
Terdapat dua rekod yang perlu disediakan bagi pecahan manual ini iaitu Prosedur Pembersihan dan Penyelenggaraan dan juga Rekod Penyelenggaraan/ Kalibrasi dan Sanitasi Peralatan.
2.4 Bekalan Air/ Ais/ Stim
Seterusnya, subtopik manual kecil bagi 2.4 iaitu Bekalan Air/ Ais/ Stim yang bertujuan untuk memastikan bekan Air/ Ais/ Stim diperoleh daripada punca yang selamat agar tidak menyumbang pencemaran kepada produk yang dihasilkan. Perkara ini penting dalam bekalan Air/ Ais/ Stim yang digunakan dalam pemprosesasan makanan. Pihak ataupun individu yang bertanggungjawab dalam perkara ini ialah Pengurus Pentadbir dan kesemua pekerja.
Terdapat beberapa prosedur bagi manual ini iaitu yang pertama menggunakan
bekalan air bersih. Kedua,memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan
terlindung daripada pencemaran dengan menggunakan bekas yang
bertutup. Ketiga, ais yang digunakan adalah dari sumber air yang selamat serta
disimpan dalam bekas serta terlindung daripada pencemaran. Keempat, stim dari
sumber air yang selamat dan tidak mencemar makanan. Akhir sekali, jika bukan air
daripada Jabatan Bekalan Air (JBA), analisis bagi penentuan kualiti air perlu dilakukan dan direkodkan.
Jadual Rekod Analisa Keselamatan Maknan dan Kualiti Air juga perlu disediakan untuk menganalisa keselamatan
makanan dan kualiti air jika air bukannya berasal daripada Jabatan Bekalan Air, JBA dan juga pencemaran air.
2.5 Keperluan Am Premis
Subtopik manual kecil bagi 2.5 Keperluan Am Premis pula bertujuan untuk memastikan premis dan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan MeSTI. Perkara ini melibatkan infrastruktur dan kemudahan di dalam premis. Pihak ataupun individu yang bertanggungjawab dalam perkara ini ialah Pengurus Pentadbiran dan juga kesemua pekerja.
Terdapat beberapa prosedur untuk keperluan premis iaitu yang pertama ruang pemprosesan yang perlu dibina menggunakan bahan yang tidak mempunyai kesan toksik dalam penggunannya, permukaannya boleh dibersihkan dan sentiasa dijaga supaya sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik. Maka, penggunan bahan kaca perlulah dielakkan.
Kedua, singki mencuci tangan perlu beroperasi secara bebas tangan (hands free operated) dan singki mencuci tangan perlu menyediakan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan air mengalir secukupnya termasuk tisu ataupun pengering tangan dan tong sampah bertutup dan menyediakan prosedur 7 langkah mencuci tangan dalam bentuk poster dan sebagainya.
Ketiga, tandas mestilah dalam keadaan bersih, tidak berbau dan mempunyai sumber air yang bersih, tandas mestilah mempunyai kemudahan mencuci tangan selepas keluar dari tandas beserta tisu ataupun pengering tangan, sabun atau cecair pencuci yang sesuai dispenser dengan air yang bersih, tandas juga mestilah tidak berbuka secara terus kepada bilik atau bahagian penyediaan/ pemprosesan makanan/ penyimpanan makanan dan aktiviti pembersihan tandas mestilah dijalankan mengikut prosuder dan direkodkan.
Keempat, restoran mestilah mempunyai bilik atau ruang persalinan dan bilik atau ruang persalinan perlu dipastikan sentiasa bersih dan tidak dijadikan sebagai ruang makan bagi pekerja. Kelima, stor penyimpanan mestilah sentiasa berkeadaan baik dan bersih, mempunyai sistem pengudaraan yang baik, mempunyai sistem pengudaraan yang baik , mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan, barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan. Bahan kimia bukan makanan disimpan secara berasingan dengan bahan makanan ataupun bahan pembungkusan makanan dan merekodkan bahan kering atau bahan mentah atau bahan kimia termasuk sumber perolehannya.
Kelima, permukaan lantai haruslah bersih dan berkeadaan baik, air tidak bertakung dan aktiviti pembersihan mestilah dijalankan mengikut prosedur dan direkodkan. Keenam, dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mestilah bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran dan aktiviti pembersihannya haruslah dijalankan mengikut prosedur dan direkodkan. Ketujuh, lampu mestilah bersih dan berkeadaan baik iaitu berpenutup di kawasan pemprosesan dan aktiviti pembersihan dijalankan dan direkodkan. Akhir sekali, saliran ataupun longkang mestilah bersih dan aktiviti pembersihan dijalankan mengikut prosedur dan direkodkan.
Terdapat rekod yang perlu disediakan bagi pecahan manual ini iaitu Rekod Pembersihan Am.
2.6 Kawalan Makhluk Perosak
Subtopik yang terakhir untuk manual kecil bagi 2.6 iaitu Kawalan Mahluk Perosak adalah bertujuan untuk melindungi kawasan premis daripada ancaman mahluk perosak. Perkara ini melibatkan keseluruhan premis. Pihak atau individu yang bertanggungjawab dalan hal ini ialah Pengurus Pengeluaran dan Pegawai Kawalan Kualiti.
Terdapat beberapa prosedur bagi manual ini antaranya yang pertama ialah setiap pekerja perlu memastikan bangunan kawasan permis hendaklah sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mencegah kemasukan serangga perosak dan menghapuskan kawasan yang berpotensi untuk pembiakan serangga perosak.
Kedua, memastikan lubang, longkang dan kawasan dimana berkemungkinan merupakan jalan masuk serangga perosak hendaklah ditutup rapat. Ketiga, memastikan semua kawasan luar dan dalam kilang sentiasa diperiksa bagi tujuan mengesan sekiranya ada tanda kehadiran makhluk perosak. Keempat, tiada penggunaan racun di dalam kawasan pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak.
Kelima, setiap kaedah
kawalan makhluk perosak dengan bahan kimia atau fizikal perlu dijalankan tanpa
mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan kesesuaian
makanan. Keenam, pastikan penggunaan racun bagi mengawal makhluk perosak
digunakan di luar kawasan pemprosesan. Akhir sekali, sumber-sumber makanan yang
berpotensi untuk menarik perhatian makhluk perosak hendaklah sentiasa di simpan
di dalam bekas kalis makhluk perosak, tidak diletakkan di atas lantai dan
disusun jauh daripada dinding.
Terdapat rekod yang perlu disediakan iaitu Rekod Kawalan Mahluk Perosak yang terbahagi kepada dua iaitu Rekod Kawalan Mahluk Perosak dan Rekod Pembersihan Am.
Disediakan oleh :
Arman bin Mohammad Narip, DPH201923878, DPIH
4B
Ulasan
Catat Ulasan