6.0 Kawalan Pengankutan Dan Pengedaran

     Subtopik 6.0 Kawalan Pengankutan dan Pengedaran adalah bertujuan untuk memastikan makanan yang diedarkan adalah selamat, bersih, dan bebas daripada bahaya kontaminasi. Pengangkutan produk siap amatlah dititikberatkan dalam topik ini. Penjaga stor dan pemandu kenderaan hendaklah bertanggungjawab  dalam perkara ini.

    Terdapat beberapa prosedur bagi Kawalan Pengangkutan dan Pengedaran iaitu antaranya ialah penjaga stor hendaklah menyediakan Rekod Kawalan dan Pemantauan bagi Aktiviti Pengedaran dan Pengangkutan makanan. 

       Seterusnya,penjaga stor hendaklah memastikan rekod kawalan dan pemantauan sentiasa dikemaskini. Selain itu, penjaga stor hendaklah memantau kebersihan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut makanan. 

    Disamping itu, pemandu kenderaan hendaklah sentiasa memastikan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas dari bahaya pencemaran dengan menyediakan Rekod Pemeriksaan Kenderaan. Akhir sekali, pemandu kenderaan perlu memastikan pelanggan mengesahkan penerimaan barang menerusi Rekod Kawalan dan Pemantauan bagi Aktiviti Pengedaran dan Pengangkutan Makanan.

    Terdapat dua rekod bagi Kawalan Pengankutan dan Pengedaran iaitu yang pertama Rekod Kawalan dan Pemantauan bagi Aktiviti Pengedaran dan Pengangkutan Makanan. Kedua, Rekod Pemeriksaan Kenderaan.




 Disediakan oleh :



Muhammad Najmi Naim bin Mohd Nasir, DPH201923894, DPIH 4B

 

Ulasan

Catatan Popular