3.0 Pengendali Makanan
3.0 Pengendali Makanan
Subtopik 3.0 adalah berkenaan
Pengendali Makanan yang mempunyai tiga pecahan subtopik kecil iaitu Pemeriksaan Kesihatan, Suntikan Vaksin dan Anti Tifoid serta akhir sekali Amalan Pengendali.
Subtopik manual kecil 3.1 iaitu Pemeriksaan kesihatan yang bertujuan untuk memastikan individu yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan bebas dari sebarang bawaan penyakit yang boleh menyumbang kepada pencemaran makanan. Perkara ini perlu di lakukan oleh semua pekerja dan pelawat. Pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini meliputi semua pekerja dan juga Pegawai Kawalan Kualiti.
Terdapat beberapa prosedur
bagi manual ini iaitu yang pertama ialah pemeriksaan status kesihatan pengendali
makanan dilakukan oleh Pegawai Perubatan di hospital, Pejabat Kesihatan Daerah
serta klinik-klinik yang diiktiraf. Kedua adalah menyimpan Rekod Pemeriksaan
Kesihatan disimpan dengan baik di premis dan memastikan ianya sentiasa sah.
Ketiga, memastikan pengendali makanan memaklumkan kepada pegawai atasan
berkaitan sebarang tanda ataupun simptom sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, jangkitan
pada kulit serta sebarang kelelahan dari hidung, mata atau telinga. Akhir
sekali, pengendali makanan yang telah dikenalpasti dijangkiti penyakit berjangkit
perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3.2 Suntikan Vaksin dan Anti Tifoid
Subtopik 3.2 pula ialah
berkenaan dengan Suntikan Vaksin dan Anti Tifoid yang bertujuan untuk
mengelakkan pencemaran silang. Semua pekerja dan pelawat haruslah terlibat dalam proses ini. Pihak yang bertanggungjawab adalah Pegawai Kawalan Kualiti serta
semua pekerja. Prosedur bagi manual ini dengan semua pengendali makanan
yang dikenalpasti dijangkiti penyakit berjangkit perlu dilaporkan kepada pihak
pengurusan mengikut prosedur yang ditetapkan. Senarai pekerja yang telah menerima suntikan
anti tifoid juga perlulah di rekodkan seperti berikut.
Subtopik 3.3 iaitu manual berkenaan tentang Amalan Pengendali adalah bertujuan bagi mengelakkan pencemaran silang berlaku dalam premis. Amalan pengendali ini perlu diamalkan oleh semua pekerja dan pelawat. Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah Pegawai Kawalan Kualiti serta semua pekerja.
Prosedur bagi manual Amalan Pengendali ini adalah seperti memastikan pengendali mengamalkan kebersihan diri. Kedua, memastikan pengendali tidak merokok atau meludah atau batuk atau bersin dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan.
Ketiga, Pakaian perlindungan perlu dibuka sekiranya pengendali pergi ke tandas, rehat atau keluar daripada premis. Keempat, makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan secara langsung dengan bahan yang boleh mencemarkan makanan. Kelima, semua pengendali makanan yang mengalami luka dan jangkitan kulit perlu memaklumkan kepada pegawai atasan dan membalutnya menggunakan plaster kalis air serta memakai sarung tangan.
Keenam, kaedah yang betul hendaklah digunakan apabila merasa makanan adalah dengan mengambil makanan yang hendak dirasa dan letak di dalam bekas khusus untuk merasa dan menggunakan sudu kecil untuk merasa makanan dan membasuh sudu dan bekas tersebut selepas penggunaannya. Akhir sekali, pemantauan dijalankan setiap minggu (spotcheck) menggunakan borang khas dan tindakan pembetulan akan diambil serta merta. Prosedur pengendali makanan dan kawalan berjangkit serta Rekod Pemeriksaan Kebersihan Pengendali Makanan perlu diambil sebagai catatan.
Selain menitikberatkan amalan pengendalian makanan yang baik, kebersihan diri pengendali dan pelawat juga perlu dititikberatkan untuk mengelakkan pencemaran silang. yang meliput kesemua pekerja dan pelawat. Prosedur bagi manual ini adalah pertama, memakai pakaian bersih yang sesuai dan memakai pakaian pelindung luar/apron yang sesuai dan berwarna cerah. Kedua, memakai penutup kepala/penutup rambut. Ketiga memakai penutup mulut sekiranya perlu. Keempat memakai sarung tangan juga sekiranya perlu.
Kelima, tidak memakai barang kemas dan aksesori. Keenam, memakai kasut bertutup. Ketujuh memastikan kuku bersih, pendek dan tiada penggunaan pengilat kuku. Kelapan, tidak mempunyai luka atau kudis yang terbuka dan sekiranya ada ianya perlu dirawat dengan baik. Kesembilan, memastikan para pengendali tidak menggunakan pewangi dan penggunaan losyen di dalam kawasan penyediaan makanan. Kesepuluh, memastikan janggut dan misai pendek dijaga rapi.
Kesebelas, dilarang
memakai name tag iaitu menggunakan tanda nama yang bersulam ataupub berjahit pada pakaian, Kedua belas dilarang memakai tudung bermanik dan akhir sekali,
berkenaan pakaian seragam pula terdapat tiga aspek utama yang perlu diambil berat iaitu seperti pengendali perlu memakai pakaian perlindungan (apron) yang bersih untuk menutup
pakaian seragam apabila mengendalikan makanan. Kedua, kaedah pembasuhan apron
perlulah berkesan untuk mencegah pencemaran. Akhir sekali, pakaian seragam, penutup kepala, sarung tangan, penutup mulut dan kasut yang sesuai perlu
digunakan semasa mengagih dan menghidang.
Kedua, pelawat perlu memakai pakaian perlindungan iaitu apron, kasut dan penutup kepala di dalam kawasan operasi kecuali pejabat. Ketiga, pelawat yang memasuki premis perlu mematuhi polisi kebersihan diri yang ditetapkan. Keempat, semua pelawat akan diiringi oleh anggota pengurusan syarikat. Akhir sekali, Rekod Kawalan Pelawat hendaklah disimpan di dalam Fail Pengisytiharan Kesihatan Pelawat dan memastikan Borang penginsytiharan kesihatan pelawat direkodkan dengan sempurna.
Disediakan oleh :
Ulasan
Catat Ulasan